Dec 19, 2011

Barangan Rumah MJ Dilelong

Antara barangan yang dilelong oleh Firma Lelongan Julien's
Sebuah firma lelongan Julien's mencatat RM 3.1 juta hasil lelongan barangan bekas Raja Pop, Michael Jackson dari rumahnya di North Carowood Drive.

Menurut sumber, perolehan tersebut jauh lebih besar jika dibandingkan dengan anggaran prajualan yang hanya RM1.2 juta.

Antara barangan yang dilelong ialah sekeping papan hitam yang pernah digunakan oleh anak-anak MJ yang dilelong pada harga RM 15,885.

Walabagaimanapun, meja tulis yg pernah digunakan oleh MJ juga menjadi perhatian apabila mencatat jualan lelong tertinggi iaitu RM81,807.

MJ dikatakan menyewa kediaman tersebut semasa melakukan persediaan untuk siri konsert kemunculan  semulanya di London. MJ meninggal dunia pada Jun 2009.



3 comments:

iLa DhiLa said...

mahal jugak brg mj ney ek..

burnkelana said...

semestinya mahal, apetah lg MJ tu artis..

Kaca mata said...

Bangganye klau bleh beli barang MJ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...