Jom jengah kereta - kereta gempak di...
Dikenali juga sebagai bas mikro atau van mini. Ia mula-mula
dikenali sebagai Type 2 (1950) dan mendapat sambutan hangat di
seluruh dunia berikutan bentuknya yang mengancam dan sangat praktikal.
Type 2 juga disifatkan sebagai pencetus kepada semua jenis van mini dan
wagon yang ada pada hari ini.
Bulli dikuasakan oleh motor elektrik boleh capai 300 km |
Kereta ini dikuasakan oleh motor elektrik yang mampu menjana kuasa
sehingga 85kW dan tork 270Nm. Dilengkapi dengan bateri-bateri lithium ion yang disusun di
bawah lantai kabin dan memiliki kapasiti 40kWh itu membolehkannya
mencapai perjalanan sejauh 300 kilometer. Apabila dicas menerusi stesen
pengecasan, baterinya boleh dicas penuh dalam tempoh kurang satu jam.
Jentera itu juga boleh dipasang dengan enjin
petrol atau diesel konvensional. Enjinnya yang sekecil 1.0 liter tiga silinder atau
1.4 liter empat silinder buatan masih boleh diharapkan dalam penjimatan minyak kerana sememangnya enjin ini bercekapan
tinggi.
Mitsubishi Mirage
Mitsubishi Mirage masuk pasaran Thailand Mac 2012 |
Mitsubishi
Mirage meruapakan model asal Proton Satria. Model ini merupakan strategi baharu Mitsubishi untuk pasaran globalnya.
Mirage dikatakan intipati kepada usaha jurutera Mitsubishi memperoleh
prestasi dan fungsi tertinggi daripada ruang yang terhad.
Kerangka baharu ini lebih ringan dan kukuh. Ia
dijana oleh unit enjin 1.0 liter tiga silinder MIVEC dan disertakan
dengan sistem brek janaan semula bagi tujuan pemulihan semula kuasa.
Bagi memaksimumkan penjimatan minyak, Mirage dipasang dengan sistem idle stop binaan Mitsubishi.
Suzuki Swift EV Hybrid
Suzuki menambah portfolio
Swift menerusi model Swuft EV Hybrid. Dibina untuk kegunaan bandar dan
jarak pendek, Swift "hijau" itu mampu bergerak sejauh 30 kilometer
dengan sekali caj.
Jika bateri sudah habis, generator yang dikuasakan oleh enjin akan
mula menggerakkan motor dan mengecas bateri. Maka, pengguna boleh
meneruskan perjalanan tanpa rasa bimbang.
Model itu menggunakan enjin R06A bersesaran 658 kubik meter sebagai
tambahan kepada bateri lithium ion yang digunakannya. Walaupun bersaiz
kompak, Swift tetap menawarkan ruang penyimpanan barang yang sewajarnya.
Bahagian kabin yang dimonopoli warna putih dan hijau turut dipasang
dengan papan pemuka serta meter canggih. Ia mempamerkan pelbagai
maklumat penting menerusi teknologi futuristik.
Subaru BRZ
Subaru tampil
dengan model BRZ. BRZ merujuk kepada enjin Boxer (B), R (pacuan roda
belakang) dan Z (Zenith).
Apa yang menjadikan jentera itu istimewa ialah rekaan enjin Boxer
yang rendah (low centre of gravity) dan berada di tengah-tengah kerangka
tubuhnya. Reka letak itu sekali gus membolehkannya memperoleh prestasi
dinamik yang sukar ditandingi.
Subaru BRZ dengan enjin Boxer masuk pasaran 2013 |
Masih belum dipastikan enjin Boxer yang mana satu bakal dipasang pada
BRZ. Tetapi besar kemungkinan BRZ menggunakan khidmat enjin Boxer 2.0
liter yang dibangunkan khas untuknya.
Dijadual memasuki produksi pada tahun depan, Subaru memberi jaminan
bahawa BRZ akan memberikan pengalaman pemanduan dan pengendalian sebuah
jentera sports sebenar.
Toyota GT-86
Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan Toyota GT-86 sememangnya
ditunggu ramai. Harus tahu bahawa ia dibina berasaskan kepada model
terkenal Corolla GT atau Levin AE86 yang dikeluarkan di antara tahun
1983 hingga 1987.
Toyota GT-86 dengan kotak gear 6 kelajuan |
Merupakan 'saudara rapat' dengan model sports keluaran Subaru,
jentera tersebut menggunakan enjin Boxer bersesaran 2.0 liter.
Sebagaimana yang dijangka, GT-86 mengaplikasikan sistem pacuan roda
belakang, di samping teknologi pancitan terus Toyota, D-4S.
Transmisi yang ditawarkan ialah kotak gear manual atau automatik enam
kelajuan, terserah kepada kecenderungan pembelinya. Apa yang pasti,
model lagenda itu pasti membuatkan orang ramai kembali melihat Toyota
sebagai pembuat kereta berprestasi tinggi yang berpengaruh sebagaimana
sebelumnya.
Sumber kuasa:-
1. Kosmo online
4 comments:
klu dpat p tgk sendiri mmg best bro !
pastinyer kete2 ni semua takkan masok mesia market kan kan kan heheh
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/menyebu-manjeeee.html
khairul..tengok gambar pon jadi lah...
c'axoera.. aku supercar mcm ni kalo jual kat malaysia ntah berape ketol jer yg laku.. mahal beb..
Jepun punya tech ni mmg tak terkejar oleh org kita ehh...laju ya amat...apepun aku hrp nanti mirage tu akan masuk sini jugak...
Post a Comment