Dec 22, 2011

BNM Perkenal Wang Kertas & Syiling Baharu

Bentuk wang kertas baharu mulai 2012

Wang kertas baharu ini melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Ini merupakan kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, antara ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat adalah seperti berikut:-
  1. Imej tanda bayang
  2. Tingkap pandang telus
  3. Potret tera air dengan piksel dan angka
  4. Benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
  5. Benang kanta mikro
  6. Tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.
Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. 

Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini. 

Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.

BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu. 

Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.



3 comments:

khairul said...

hrp2 x senang koyak mcm note rm5 yg ada sekarang ni

c'axoera said...

harap lebih baik yangs edia ada kannnn :)


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-jalanan.html

burnkelana said...

colorful gitu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...