Bentuk wang kertas baharu mulai 2012 |
Wang kertas baharu ini melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100
manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen
dan 50 sen.
Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan
berada dalam edaran Januari ini. Ini merupakan kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan
dan kali ketiga untuk duit syiling. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5
dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.
Menurut BNM, antara ciri-ciri
keselamatan yang dipertingkat adalah seperti berikut:-
- Imej tanda bayang
- Tingkap pandang telus
- Potret tera air dengan piksel dan angka
- Benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
- Benang kanta mikro
- Tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.
Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk
memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan
membezakan denominasi yang berlainan.
Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik
negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan
khazanah negara.
Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.
Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi
RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30
setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.
BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.
Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan
cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu,
Kuching dan Kota Kinabalu.
3 comments:
hrp2 x senang koyak mcm note rm5 yg ada sekarang ni
harap lebih baik yangs edia ada kannnn :)
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-jalanan.html
colorful gitu...
Post a Comment