Gambar - uncle Yahoo. |
Berdasarkan kajian oleh Universiti Melbourne, Australia yang disiarkan di dalam European Heart Journal baru-baru ini mendapati aktiviti ekstream seperti maraton & mendaki gunung berisiko tinggi mengundang penyakit jantung.
Pendedahan tersebut bertentangan denga kepercayaan orang ramai bahawa melakukan aktiviti sukan yang teratur dapat mengekalkan kesihatan.
Namun, perhatian perlu diberikan kepada sukan-sukan ekstream kerana kajian ke atas 40 orang atlet, seramai 5 orang (13%) mengalami tanda-tanda kerosakan kekal pada bahagian ventricle kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Komen penulis,
- Bersukan tidak akan menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda tahu batas kemampuan tubuh badan anda.
- Bersukan secara tidak konsisten juga boleh menjejaskan kesihatan anda kerana jantung anda akan mengalami kejutan dalam mengepam darah ke seluruh tubuh badan terutama ke bahagian - bahagian yang bergerak.
- Carilah sukan yang ideal dengan keperluan tubuh badan anda & mulakan dengan sukan yang ringan dahulu bagi merenggangkan otot-otot yang terlibat.
1 comment:
jom kayuh beskal
Post a Comment