Dec 13, 2011

Endurance Exercise, Marathon Berisiko Kena Penyakit Jantung


Gambar - uncle Yahoo.

Berdasarkan kajian oleh Universiti Melbourne, Australia yang disiarkan di dalam European Heart Journal baru-baru ini mendapati aktiviti ekstream seperti maraton & mendaki gunung berisiko tinggi mengundang penyakit jantung.

Pendedahan tersebut bertentangan denga kepercayaan orang ramai bahawa melakukan aktiviti sukan yang teratur dapat mengekalkan kesihatan.

Namun, perhatian perlu diberikan kepada sukan-sukan ekstream kerana kajian ke atas 40 orang atlet, seramai 5 orang (13%) mengalami tanda-tanda kerosakan kekal pada bahagian ventricle kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.


Komen penulis,
  • Bersukan tidak akan menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda tahu batas kemampuan tubuh badan anda. 
  • Bersukan secara tidak konsisten juga boleh menjejaskan kesihatan anda kerana jantung anda akan mengalami kejutan dalam mengepam darah ke seluruh tubuh badan terutama ke bahagian - bahagian yang bergerak.
  •  Carilah  sukan yang ideal dengan keperluan tubuh badan anda & mulakan dengan sukan yang ringan dahulu bagi merenggangkan otot-otot yang terlibat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...