Baru - baru ini kita dikejutkan lagi kontroversi penjaga gol No.1 Malaysia aka Apek dengan Shida Harmi.
Reaksi daripada kelate.net, mereka mahu Apek terus fokus dalam kerjayanya & mengetepikan masalah tersebut. Apek yang merupakan ikon baharu dalam dunia bola sepak Malaysia perlu bijak & berhati-hati dalam setiap tindakannya kerana setiap gerak gerinya pasti menjadi perhatian orang ramai.
Apek Berhasrat Letak Jawatan
Khairul Fahmi Che Mat yang terfikir mahu bersara awal daripada arena bola sepak berikutan
tidak tahan dengan kontroversi di luar padang mendapat perhatian banyak
pihak yang menyifatkan jika benar keputusan itu dibuat, ia sesuatu
merugikan kerana prestasi dia sedang memuncak.
Zaquan Adha Abdul Razak berkata,
sebagai pemain profesional, Apek perlu melalui semua kontroversi dengan
sabar kerana dia adalah ‘selebriti bola sepak’ dan peminat pastinya
mahu tahu perjalanan hidupnya termasuk membabitkan soal peribadi.
“Apek perlu menolak ke tepi semua kontroversi itu dan jangan peduli
apa orang cakap. Yang penting Apek tahu apa dia buat, tidak halang
perjalanan karier, profesional dan beraksi cemerlang di atas padang,”
katanya.
Jika Apek masih berniat meneruskan
hasrat bersara, dia perlu berfikir panjang dan menyifatkan tindakan
individu menyebarkan gambar mesra Apek sebagai usaha menjatuhkan
kariernya, dengki dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.
Nota:
Kadang-kadang kesian jugak aku tengok dia, tapi dia sendiri kenalah pandai-pandai bawa diri.. kalau dah tahu jadi "public figure" kenalah jaga disiplin..baru orang tabik!!
4 comments:
relaz arr apek..klu x salah napa nk takot
tau takpe.. pasal kantoi lah dia ckp mcm tu.. konon2 merajuk lah tu..
rugilah klu apek bersara, lgpun dia goalkeeper yg bagus. tumpukan pd karier dulu n lupakan hal2 yg leh mencetuskan kontroversi tue
betul tu nina.. tp kontroversi mcm ni lah bleh buat org jatuh..
Post a Comment