Dec 16, 2011

RM1.5 Juta Menanti Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei mencatat kemenangan mudah dalam Kumpulan A untuk mencerahkan peluang mara ke separuh akhir Siri Super Dunia Akhir 2011 di China.

Penentangnya semalam ialah Simon Sontoso. Beliau tewas kepada pemain no 1 itu dalam masa 34 minit sahaja dengan mata 21-10, 21-15.

Bagaimanapun, Datuk Lee Chong Wei perlu berhadapan Peter Gade pada hari ini bagi kedudukan juara kumpulan bagi mengelak bertemu Lin Dan di separuh akhir.

Namun, sekiranya menang sekalipun, Chong Wei masih perlu berhadapan dengan Cheng Long di peringkat separuh akhir.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung esok. 

Dalam saingan Kumpulan B pula, Chen Long yang dijangka akan menentang Chong Wei di separuh akhir, mudah menewaskan seorang lagi pemain Jepun, Kenichi Tago semalam.

Selepas tewas kepada Lin Dan kelmarin, Chen Long bangkit daripada kalah set pertama ketika menentang Kenichi sebelum menang 12-21, 21-18, 21-13. Lin Dan dijangka bakal mengungguli Kumpulan B ini yang turut dianggotai Taufik Hidayat dari Indonesia.

Kejohanan pusingan akhir penutup tirai 2011 yang hanya boleh disertai lapan pemain terbaik dalam ranking dunia itu menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai AS$500,000 (RM1.5 juta).




7 comments:

Unknown said...

sampai bila dia boleh bertahan..malaysia perlua ada back up player dlm badminton ni

burnkelana said...

tahu takpe.. yg ada pon tak konsisten..

Wife Wise said...

salah seorang peminat badminton..

BorneoHeadhunters said...

harap menang lah datuk lee ni

Beckhrooy said...

chong wei!

Hanif said...

isskkk...
syokny adapat duit juta2

burnkelana said...

hasrat tidak kesampaian.. tewas dgn Cheng Long.. aduyai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...