Datuk Lee Chong Wei mencatat
kemenangan mudah dalam Kumpulan A untuk mencerahkan peluang mara ke
separuh akhir Siri Super Dunia Akhir 2011 di China.
Penentangnya semalam ialah Simon Sontoso. Beliau tewas kepada pemain no 1 itu dalam masa 34 minit sahaja dengan mata 21-10, 21-15.
Bagaimanapun, Datuk Lee Chong Wei perlu berhadapan Peter Gade pada hari ini bagi kedudukan juara kumpulan bagi mengelak bertemu Lin Dan di separuh akhir.
Namun, sekiranya menang sekalipun, Chong Wei masih perlu berhadapan dengan Cheng Long di peringkat separuh akhir.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung esok.
Dalam saingan Kumpulan B pula, Chen Long yang dijangka akan menentang
Chong Wei di separuh akhir, mudah menewaskan seorang lagi pemain Jepun,
Kenichi Tago semalam.
Selepas tewas kepada Lin Dan kelmarin, Chen Long bangkit daripada
kalah set pertama ketika menentang Kenichi sebelum menang 12-21, 21-18,
21-13. Lin Dan dijangka bakal mengungguli Kumpulan B ini yang turut dianggotai Taufik Hidayat dari Indonesia.
Kejohanan pusingan akhir penutup tirai 2011 yang hanya boleh disertai
lapan pemain terbaik dalam ranking dunia itu menawarkan keseluruhan
hadiah wang tunai AS$500,000 (RM1.5 juta).
7 comments:
sampai bila dia boleh bertahan..malaysia perlua ada back up player dlm badminton ni
tahu takpe.. yg ada pon tak konsisten..
salah seorang peminat badminton..
harap menang lah datuk lee ni
chong wei!
isskkk...
syokny adapat duit juta2
hasrat tidak kesampaian.. tewas dgn Cheng Long.. aduyai...
Post a Comment