Dec 13, 2011

TANGO 12 - BOLA RASMI EURO 2012



Bola rasmi Euro 2012 yang bakal diadakan di Poland dan Ukraine pada 8 Jun sehingga 10 Julai 2012 telah dilancarkan & dinamakan TANGO 12.

Tango 12 mengambil masa 2 tahun untuk dibangunkan selepas melaui pelbagai ujian & kajian oleh pakar Adidas.

Teknologi yang digunakan dalam pembangunan bola itu turut memberikan kawalan lebih baik kepada pemain-pemain apabila menyepak bola.

Tango 12 merupakan bola rasmi ke-11 yang dibangunkan untuk kejohanan ulung bola sepak Eropah.

Jenama Tango telah membuat penampilan pertama pada kejohanan Piala Dunia 1978 di Argentina. Sejak itu, pelbagai perubahan dan kajian telah dilakukan untuk memperbaiki kualiti bola untuk memudahkan pemain-pemain.

Warna bola Tango 12 menggunakan gabungan bendera Poland dan Ukraine akan menggantikan Jabulani yang digunakan pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sehingga mencetuskan pelbagai kritikan.
 .








2 comments:

Unknown said...

bola pon ada teknologi kan

burnkelana said...

biasalah kalo dah jadi sukan no 1 dunia.. memang takkan lari dari teknologi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...