Dec 23, 2011

Terkini - Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini (23.12.2011) terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu. 

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman.


Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.


Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.




Dua lot tanah & rumah yang dimiliki Khir Toyo secara tidak sah.

Sehubungan itu, beliau dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi & mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut.


Beliau bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak itu ditangguh sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan.


Sumber : Utusan

4 comments:

Anonymous said...

btol ke dia akan dipenjarakn?haha!

Admin said...

kalo dah kuar paper memang kena lah tu.. tp brgantung keputusan rayuan..

alah.. zaman skarang ni, mcm bleh jadi.. silap2 mahkamah rayuan batalkn hukuman tu..

Anonymous said...

hahahahahahahaha....padan muke

Unknown said...

terbukti sudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...