Dec 23, 2011

Kemenangan Man Utd ke atas Fulham (5 - 0) tak berbaloi



Persembahan bertaraf lima bintang Manchester United ketika membelasah Fulham 5-0 di Craven Cottage, semalam dibayar dengan harga yang tinggi apabila dua tonggak Phil Jones dan Ashley Young ditimpa kecederaan. 

Kedua-dua pemain itu dijangka tidak akan kembali beraksi dalam tempoh terdekat.

Jones yang menggantikan Rio Ferdinand yang tercedera pada saat akhir di pertahanan tengah, terpaksa dikeluarkan hanya selepas 20 minit permainan selepas dia disiku pemain lawan, Clint Dempsey.

Young yang dibawa masuk menggantikan Jones, turut menerima nasib sama akibat dibentes Dickson Etuhu.

Jones, 19, dikhuatiri patah tulang pipi dan mungkin perlu berehat selama enam minggu.

"Beberapa pemain kami tercedera... dagu Phil Jones disiku dan dia akan dihantar untuk menjalani ujian imbasan, ia sememangnya membimbangkan.

“Rio akan kembali untuk perlawanan Blackburn pada ambang Tahun Baru manakala Ashley tidak akan dapat beraksi untuk dua atau tiga minggu. 





2 comments:

ch000tz said...

bertambah berlagak lagi lah MU hahahah


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/yes-aku-benci-kau-lalat.html

shahrazali said...

GGMU.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...