Dec 20, 2011

TOKYO MOTOR SHOW 2011

Jom jengah kereta - kereta gempak di...




Volkswagen Bulli


Dikenali juga sebagai bas mikro atau van mini. Ia mula-mula dikenali sebagai Type 2 (1950) dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia berikutan bentuknya yang mengancam dan sangat praktikal. Type 2 juga disifatkan sebagai pencetus kepada semua jenis van mini dan wagon yang ada pada hari ini. 
Bulli dikuasakan oleh motor elektrik boleh capai 300 km


Kereta ini dikuasakan oleh motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 85kW dan tork 270Nm. Dilengkapi dengan bateri-bateri lithium ion yang disusun di bawah lantai kabin dan memiliki kapasiti 40kWh itu membolehkannya mencapai perjalanan sejauh 300 kilometer. Apabila dicas menerusi stesen pengecasan, baterinya boleh dicas penuh dalam tempoh kurang satu jam. 


Jentera itu juga boleh dipasang dengan enjin petrol atau diesel konvensional. Enjinnya yang sekecil 1.0 liter tiga silinder atau 1.4 liter empat silinder buatan masih boleh diharapkan dalam penjimatan minyak kerana sememangnya enjin ini bercekapan tinggi. 

 

Mitsubishi Mirage


Mitsubishi Mirage masuk pasaran Thailand Mac 2012
Mitsubishi Mirage meruapakan model asal Proton Satria. Model ini merupakan strategi baharu Mitsubishi untuk pasaran globalnya.  Mirage dikatakan intipati kepada usaha jurutera Mitsubishi memperoleh prestasi dan fungsi tertinggi daripada ruang yang terhad. 

Kerangka baharu ini lebih ringan dan kukuh. Ia dijana oleh unit enjin 1.0 liter tiga silinder MIVEC dan disertakan dengan sistem brek janaan semula bagi tujuan pemulihan semula kuasa. Bagi memaksimumkan penjimatan minyak, Mirage dipasang dengan sistem idle stop binaan Mitsubishi. 



Suzuki Swift EV Hybrid


Suzuki menambah portfolio Swift menerusi model Swuft EV Hybrid. Dibina untuk kegunaan bandar dan jarak pendek, Swift "hijau" itu mampu bergerak sejauh 30 kilometer dengan sekali caj. 

Jika bateri sudah habis, generator yang dikuasakan oleh enjin akan mula menggerakkan motor dan mengecas bateri. Maka, pengguna boleh meneruskan perjalanan tanpa rasa bimbang. 

Model itu menggunakan enjin R06A bersesaran 658 kubik meter sebagai tambahan kepada bateri lithium ion yang digunakannya. Walaupun bersaiz kompak, Swift tetap menawarkan ruang penyimpanan barang yang sewajarnya. 

Bahagian kabin yang dimonopoli warna putih dan hijau turut dipasang dengan papan pemuka serta meter canggih. Ia mempamerkan pelbagai maklumat penting menerusi teknologi futuristik. 



Subaru BRZ 


Subaru tampil dengan model BRZ. BRZ merujuk kepada enjin Boxer (B), R (pacuan roda belakang) dan Z (Zenith). 

Apa yang menjadikan jentera itu istimewa ialah rekaan enjin Boxer yang rendah (low centre of gravity) dan berada di tengah-tengah kerangka tubuhnya. Reka letak itu sekali gus membolehkannya memperoleh prestasi dinamik yang sukar ditandingi. 

Subaru BRZ dengan enjin Boxer masuk pasaran 2013
Masih belum dipastikan enjin Boxer yang mana satu bakal dipasang pada BRZ. Tetapi besar kemungkinan BRZ menggunakan khidmat enjin Boxer 2.0 liter yang dibangunkan khas untuknya. 


Dijadual memasuki produksi pada tahun depan, Subaru memberi jaminan bahawa BRZ akan memberikan pengalaman pemanduan dan pengendalian sebuah jentera sports sebenar. 



Toyota GT-86


Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan Toyota GT-86 sememangnya ditunggu ramai. Harus tahu bahawa ia dibina berasaskan kepada model terkenal Corolla GT atau Levin AE86 yang dikeluarkan di antara tahun 1983 hingga 1987. 

Toyota GT-86 dengan kotak gear 6 kelajuan
Merupakan 'saudara rapat' dengan model sports keluaran Subaru, jentera tersebut menggunakan enjin Boxer bersesaran 2.0 liter. Sebagaimana yang dijangka, GT-86 mengaplikasikan sistem pacuan roda belakang, di samping teknologi pancitan terus Toyota, D-4S. 


Transmisi yang ditawarkan ialah kotak gear manual atau automatik enam kelajuan, terserah kepada kecenderungan pembelinya. Apa yang pasti, model lagenda itu pasti membuatkan orang ramai kembali melihat Toyota sebagai pembuat kereta berprestasi tinggi yang berpengaruh sebagaimana sebelumnya.


Sumber kuasa:-

4 comments:

Unknown said...

klu dpat p tgk sendiri mmg best bro !

ch000tz said...

pastinyer kete2 ni semua takkan masok mesia market kan kan kan heheh

http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/menyebu-manjeeee.html

burnkelana said...

khairul..tengok gambar pon jadi lah...

c'axoera.. aku supercar mcm ni kalo jual kat malaysia ntah berape ketol jer yg laku.. mahal beb..

Unknown said...

Jepun punya tech ni mmg tak terkejar oleh org kita ehh...laju ya amat...apepun aku hrp nanti mirage tu akan masuk sini jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...