Jan 2, 2012

Kiamat 2012?


2012 baru berumur 2 hari, namun bumi yang dihuni oleh mahluk Allah ini semakin uzur dimamah usia & dikatakan bumi akan hancur pada tahun ini, persoalannya sekarang betulkah bumi akan musnah pada tahun ini seperti yang digambarkan di dalam filem blockbuster Hollywood berjudul 2012?

Walaupun filem tersebut hanya ramalan yang diadaptasi melalui  sokongan penemuan saintifik & ilmiah, secara tidak langsung ianya telah banyak mempengaruhi fikiran manusia tentang bagaimana bumi ini akan hancur. Namun sesungguhnya, kiamat Allah lebih dasyat dan tidak tergambarkan bagaimana kehancuran itu berlaku.

Pendakwah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin bagaimanapun meminta umat Islam supaya tidak sedikit pun memberikan ruang di hati dan minda mereka untuk mempercayai ramalan tarikh kiamat yang jangkanya berlaku hanya setahun daripada sekarang. 

"Jika percaya kepada semua itu, dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat. "Semua itu hanya sekadar ramalan yang lazimnya tidak ada asas dan bukti apa pun untuk kita percaya. 

Dalam Islam kata Dr. Danial, ditekankan dalil dan nas pembuktian dalam apa juga perkara termasuk perkara-perkara ghaib terutamanya hari kiamat. Dua teks sama ada dari dalil al-Quran dan hadis Rasulullah sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Ayat berikut misalnya adalah satu dalil yang paling kuat dalam memperkatakan soal kedatangan hari kiamat. 

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 
(al-A'raaf: 187).

Namun begitu, sebagai umat islam juga, kita tidak seharusnya leka dengan kehidupan dunia kerana kiamat tetap akan berlaku.

Seperti yang dinyatakan oleh Al-quran & hadis Rasulullah.. tanda-tanda hari kiamat memang sudah ada, cuma bila & bagaimana ianya berlaku hanya Allah yang menngetahuinya. Tak perlu dinyatakan lagi apakah tanda-tandanya, kerana saya pasti anda semua telah sedia maklum dengannya.

Justeru itu, mari kita persiapkan diri kita sementara masih ada waktu.






4 comments:

AmyZana said...

sebenarnye dlm filem tuh die kate 2012 bukannye kiamat ttp bencana besar. betul atau tak wallahualam

Cik Niza said...

kadang2 seram sejuk bile pk psl ni..amalan xseberape lagi..haihhh...

Farid said...

adoi...pening...
tapi zaman dari abah saya...mcm2 dh cerita....zaman 2000 dulu pown ada....zaman kematian yaser araffat lagii

Koleksi Baju Murah said...

satu kata seremmmmmmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...