Jan 3, 2012

Safee Sali Mahu Setahun Sahaja

Merasakan kontrak 3 tahun yang ditawarkan Pelita Jaya kepada Safee Sali terlalu lama, pengurus peribadi Safee Sali akan berlepas ke Indonesia hari ini, bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung masa depan Safee.

“Tiga tahun lama sangatlah, Safee khuatir ia tidak membantu meningkatkan corak permainannya jika kekal di kelab yang sama untuk tempoh yang agak lama. “Jika diikutkan, Safee hanya mahu kontrak lanjutan selama setahun sahaja, jadi saya akan berlepas ke sana pukul 1 petang esok (hari ini) dari KLIA bagi mengadakan perbincangan lanjut dengan Pelita Jaya,” katanya kepada Kosmo! 

Menurut Zakaria, perbincangan itu dijangka berlarutan selama beberapa hari sebelum mendapat kata putus berhubung masa depan Safee. “Jadi kita tengok dahulu macam mana, harap perkembangannya positif dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu akan saya maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Masa depan Safee bersama Pelita Jaya sebelum ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati bola sepak lantaran Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikhabarkan bakal diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara masalah berbangkit yang membabitkan saingan Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL).

Disebabkan itu, Safee dilaporkan bakal berhijrah ke Liga Belgium atau Liga Australia bagi menyelamatkan kariernya yang dikhabarkan tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan jika benar PSSI diharamkan. 

Kontroversi itu begitupun berakhir apabila PSSI sah diambil alih oleh Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia baru-baru ini yang akan segera menyelesaikan sebarang perkara berbangkit sebelum 20 Februari depan. 



4 comments:

jobmall said...

semoga safee murah rezeki ditempat orang,, dan dapat memajukan careernya lagi

Maya Mayana said...

saya lebih suka safee main bola di tempat sendiri...

follow cni jugak...

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Sebagai rakyat Malaysia, kita hanya doakan yg terbaik utk Safee..

Razifredz said...

harap kemelut selesi dng baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...