Jan 24, 2012

Mandi Malam Penyebab Penyakit? Anda Silap!

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan. Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres. 

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. "Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. 

Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau. 

Kebaikan mandi 

Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin. "Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. 

Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu. Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya. "Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. "Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering. 

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan. "Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. "Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya. 

Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik? "Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam. "Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. 

Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau. - kosmo





 

9 comments:

Hafiz Al-Pazin said...

saya sangat suka mandi malam...haha

rizki_ris said...

aku setuju kata sobat
mandi malam itu dapat menghilangkan stress apalagi kalau mandi sambil keramas, pasti akan terasa rileks dan tidur jadi lebih pulas

khairul said...

sejuk2 baru best tidoq

Gee said...

setuju...selalu gee akan habis training malam..so opkos la kene mandi dulu sebelum tidur..lepas mandi badan rasa segar sangat...hilang sebahagian keletihan... (^_^)

RAPI PTSS said...

bahaya jugak sebab nanti dapat penyakit paru2 berair...

Shah Rizar said...

ceh.. aku ditipu rupanya selama ni..

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Rapi.. sebenarnya tabiat pemakanan kitalah yg menyebabkan penyakit..

1 more thing.. kalo lepas brsukan & badan masih terasa bahang..jgn lah terus mandi.. rehat dulu, biarkan suhu badan tu turun..pastu barulah mandi..

kalo nk mand jugak.. mandi pakai water heater.. panaskan air skit.. so badan tak terperanjat bila badan yg tengah mengelegak tetiba dijirus ngan air sejuk..

apa pon.. keputusan di tangan anda.. hehehe..

ieyza afieyna said...

dulu tye sekolah suka la mndi mlm.. tapi org kata xbek sebb t dpt pnyakit paru2 berair. so jrg dah la mndi mlm.. tapi mndi mlm best.. rasa segar je kn..huhu

emy zulaiha said...

emy suke mandi malam :) lege pas bace entry nie.tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...