Jan 26, 2012

Gempar! - Pelakon Batman Begins nak masuk Islam

Ni lah dia Liam Neeson
Siapa yang tidak kenal dengan bintang Hollywood, Liam Neeson boleh tengok gambar dia kat atas tu..

Untuk makluman korang, Neeson yang beragama katolik ini bercadang meninggalkan kepercayaan untuk memeluk Islam. 


Laporan media menyatakan, Neeson, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya. “Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.
Neeson sebagai Qui Gon di dalam filem Star Wars

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

“Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya. Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.

Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya. “Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? “Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya.

Berikut adalah antara senarai filem lakonan Neeson di layar perak.
  • Schindler's List (1993)
  • Star Wars: Episode I - The Phantom Menace (1999)
  • Batman Begins (2005) 
  • Taken (2008) 
  • Clash of the Titans (2010)






8 comments:

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah..moga dia bertemu sinarnya.. ^_^

khairul said...

Ya Allah Kau buka lah hatinya utk menerima Islam

Original CikTeddy said...

insyaAllah sinar hidayah akn dtg pdnya..

MenazChentaManez said...

dia antara org2 yg terpilih..

KizZ said...

Wah alhamdulillah...


Kalau berani jom join contest kedai Kiz, hadiah kompem gempak!
The OH!SEM tagline contest

RAPI PTSS said...

alhamdulillah moga dimudahkan... =)

otaks said...

Hidayah ALlah kepada sesiapa yg dikehendakiNya..kan kann.. :)

hunny bunny said...

alhamdulillah..mge hajatnye dipermudahkan..; )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...