Feb 21, 2012

ADIK FARIS PERLUKAN SUMBANGAN ANDA!

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita. 
Faris kanak-kanak periang & aktif
Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, anda pasti  menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.
Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.

Faris terlantar di SJMC tidak bermaya
Faris Nur Daniel, 6 tahun, disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.

Berikutan itu, semua pembaca budiman yang bermurah hati untuk menyumbang boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris seperti di bawah. Jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. 
 
Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama bapa Faris, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan akaun Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).
Surat pengesahan dari SJMC
Untuk rekod, termasuk hari ini sahaja, perbelanjaan untuk merawat Faris di SJMC telah mencecah lebih RM 70,000! untuk rawatan selama 20 hari.





SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.





8 comments:

Blog Keperawatan said...

Semoga segera diberikan kesembuhan aamiin....

salam persahabatan dari Indonesia

Hans said...

insyaallah moga jutawan dan dermawan terbaca dan dapat membantu apa yang patut..doakan2 agar adik ini selamat
amin

Wanzi said...

mudah-mudahan adik Faris cepat sembuh.. Kita semua doakan untuk adik Faris......

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Hans.. nak membantu tak perlukan jutawan.. 1 ringgit pon.. boleh.. semoga Allah membalas budibaik kita..

Yatie Awang said...

Allah hu akbar...semoga adik faris dan keluarga tabah...

InsyaAllah

Ct R Miena said...

semoga faris akan cepat sembuh dan kembali tersenyum seperti anak2 lain.... amin...

c'axoera ヅ said...

inshallah

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Hari ini, Khamis 23 February 2012.. Adik Faris telah meninggalkan kita.. Allah lebih menyayangi adik Faris..

Semoga keluarga arwah adik Faris tabah menghadapi dugaan ini.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi menghulurkan bantuan.. Jasa anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...