Feb 22, 2012

Lee Chong Wei Beli Ferrari F430!


Dato' Lee Chong Wei yang terkenal dengan sebagai pemain No 1 dunia di dalam sukan badminton membuat penampilan terkini dikhalayak umum dengan kereta barunya iaitu Ferrari F430.

Beberapa keping gambar telah tersebar luas di internet menguatkan lagi berita tersebut. Ferrari F430 yang dikuasakan oleh enjin V8 4.3L ini boleh mencecah 480 kuasa kuda dan hanya memerlukan 4 saat untuk mencapai 0 - 100km, manakala kelajuan maksimum bagi kereta berkuasa tinggi ini ialah 315km/j.
 
Bagi aku harga kereta ini yang mencecah RM 1.6 juta tidak menjadi masalah besar buat DLCW dan pada pandangan aku juga, beliau sememangnya berhak untuk memiliki apa yang diidamkan selama ini di atas kerja keras serta pengorbanannya sehinggalah bergelar pemain No. 1 dunia.

Sedia maklum, DLCW adalah penggemar kereta, beliau yang kini berusia 29 tahun sudah memiliki beberapa buah kereta termasuklah Nissan GT-R, BMW X6 Coupe & Proton Inspira 2.0 (yang dihadiahkan oleh Proton sebagai penghormatan untuknya). 
Syabas Dato'!


 




6 comments:

Unknown said...

pergh....smart gila keta dia

Unknown said...

Mmg cantik kereta DLCW & sesuai dgn beliau. Moga dpt sumbangkan emas Sukan Olimpik buat negara ya. :D

Unknown said...

yuhuuu... bestnyer.. bila aa dpt merasa.. xdpt beli.. dpt duk sebelah pun kira ok laa tuh... :p

ch000tz said...

superb lah!

Hardy Boy said...

kepuasan dia bekerja, berbaloi dgn usaha gigihnya nak cari rezeki.hehehe...

Hans Hanis said...

dia memang kaya pun
:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...