Feb 9, 2012

Blogger papagomo.com disaman RM10 Juta?

Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini. 

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini. 

Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com. Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta. 

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com. 

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011. Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas. 

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan. 



P/s: Berhati-hatilah bila berbicara.. 



10 comments:

DOMU-KON said...

agkla... melampau2..misz domu pernah baca... biasalah..blog pro kerajaan nie.. jgn slh anggap la.. misz domu sokong kerjaan

Apai said...

ambo pernah bace artikel tu jg..Pengajaran kpd Papagomo dan kepada semua pengamal media sosial untuk lebih menitik beratkan soal etika dlm menulis.

Dalam kes Papagomo, beliau dah buat satu tuduhan serius terhadap Dato Shukri, selain dikenali sebagai orang kuat Istana Kelantan sekarang ini, beliau juga merupakan seorang peguam yang amat terkenal dan handal di kelantan khasnya dan malaysia amnya. Beliau ini hanya handle kes profil tinggi beb!. Siap la Papagomo kene gomo dengan Dato Shukri.

Frankly, My Dad closed to Dato Shukri during his involvement in politic. My dad still contacting and visiting him seldom till now.

Menulis , Membaca dan Menyokong sesuatu jangan sembrono.

Dlm apa hal sekalipun, Jangan cuba tegakkan benang yg dah basah. Yang Salah Tetap Salah.


(Sori ek Tuan Rumah, komen aku cam karangan plak..haha)

burnkelana said...

Apai.. ruangan komen memang utk pengomen.. hahaha.. betul ckp ko tuh.. nak jd blogger bleh, tp biarlah berkhemah.. jgn sembronoh jerk..

Bak kata org, jgn biadap.. silap haribulan makan diri nanti..

Harap menjadi pedoman buat rakan2 blogger..

Anonymous said...

wakaka pdan muke, top 10 blogger hok suke ftnah

Wan said...

fitnah lagi,terima la padah hahaha

burnkelana said...

WAN.. semoga jd pengajaran buat kita..

D' Black Writer said...

Besar tuh dosa fitnah.. :L

Zackey said...

Berhati-hatilah bila menulis..papagomo...

Zaki Muhammad said...

ada mulut bercakap
ada tangan menulis
ada idea menzahirkan
ada rasa menjiwai
ada hati menilai

anamizu kaito said...

ha tudia la..jenis cakap/tulis nak men lepas je..hamek kaw~


pengajaran utk kite :)





luv,
cik ana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...