Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.
Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.
Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.
Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.
Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.
Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.
Sumber:harakahdaily.net
P/s: Berhati-hatilah bila berbicara..
10 comments:
agkla... melampau2..misz domu pernah baca... biasalah..blog pro kerajaan nie.. jgn slh anggap la.. misz domu sokong kerjaan
ambo pernah bace artikel tu jg..Pengajaran kpd Papagomo dan kepada semua pengamal media sosial untuk lebih menitik beratkan soal etika dlm menulis.
Dalam kes Papagomo, beliau dah buat satu tuduhan serius terhadap Dato Shukri, selain dikenali sebagai orang kuat Istana Kelantan sekarang ini, beliau juga merupakan seorang peguam yang amat terkenal dan handal di kelantan khasnya dan malaysia amnya. Beliau ini hanya handle kes profil tinggi beb!. Siap la Papagomo kene gomo dengan Dato Shukri.
Frankly, My Dad closed to Dato Shukri during his involvement in politic. My dad still contacting and visiting him seldom till now.
Menulis , Membaca dan Menyokong sesuatu jangan sembrono.
Dlm apa hal sekalipun, Jangan cuba tegakkan benang yg dah basah. Yang Salah Tetap Salah.
(Sori ek Tuan Rumah, komen aku cam karangan plak..haha)
Apai.. ruangan komen memang utk pengomen.. hahaha.. betul ckp ko tuh.. nak jd blogger bleh, tp biarlah berkhemah.. jgn sembronoh jerk..
Bak kata org, jgn biadap.. silap haribulan makan diri nanti..
Harap menjadi pedoman buat rakan2 blogger..
wakaka pdan muke, top 10 blogger hok suke ftnah
fitnah lagi,terima la padah hahaha
WAN.. semoga jd pengajaran buat kita..
Besar tuh dosa fitnah.. :L
Berhati-hatilah bila menulis..papagomo...
ada mulut bercakap
ada tangan menulis
ada idea menzahirkan
ada rasa menjiwai
ada hati menilai
ha tudia la..jenis cakap/tulis nak men lepas je..hamek kaw~
pengajaran utk kite :)
luv,
cik ana
Post a Comment