Feb 28, 2012

BUNOHAN - A Film by Dain Said


Filem ‘Bunohan’ arahan Dain Said sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. 

Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.


BUNOHAN - SINOPSIS FILEM

BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. 

Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. 

Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. 

Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar (PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. 

Antara aksi di dalam filem Bunohan
 Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. 

Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.


TAYANGAN

Mula ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 8 Mac 2012 ini!.


BARISAN PELAKON

Faizal Hussein sebagai Ilham
Ilham : Faizal Hussein
Adil ‘Bunga Lalang’ : Zahiril Adzim
Bakar : Pekin Ibrahim
Deng : Bront Palarae
Pok Wah : Namron
Pok Eng : Wan Hanafi Su
Jolok : Hushairy Hussin
Muski : Amerul Affendi
Awang Sonar : Soffi Jikan
Jing : Jimmy Lor
Mek Yah : Tengku Azura
Cina Burung/Bird Man : Ho Yuhang
Chart : Carliff Carleel
Bakri : Mat Seman
Kruba : Hariry Abdul Jali
Gasi : Md Eyzendy
Ketot & Tapa : Sufian Muhammad
Adik : Sharidan

Layari website filem Bunohan:
www.apparation.com/bunohan.com


Baca Lagi:  









10 comments:

Nyue said...

ant.filem yg dinantikan nie..
Nyue nak tgk...xsabar rs...

The Fakhirin said...

sekali melayu pn nk buat tomoi

khalila ishak said...

macam best je crite ni ;)

Solihin Zubir said...

ni ong bak versi melayu ke apa ni.. hehehh..

mcm best..

Unknown said...

mtk maaf lama x singgah sini sbb bz skit

RHI said...

macam best je

panas said...

cerita best ni...

Hanif said...

Wah!! ni mesti filem heavy dan aksi...

PCL said...

filem aksi mmg ditunggu2, satu kepuasan bila menontonnya. Tq info.

Apai said...

waiting for this film since last year lagi..

oh ya, Kg Bunohan is a kampung in Tumpat, kelantan. not too far from my grandma punye kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...