Feb 25, 2012

Harta Karun RM1.5 Bilion Milik Kerajaan Sepanyol

DUA buah pesawat kargo Sepanyol digunakan untuk membawa 549,000 keping duit syiling perak, emas dan artifak lain yang dijumpai  dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804.

Menurut sejarah, kapal tersebut dibedil oleh sebuah kapal perang British.

Harta karun tersebut sebelum ini menjadi rebutan dalam satu perbicaraan berhubung hak pemilikan harta tersebut yang dijumpai oleh firma Odyssey Marine Exploration yang berngkalan di Tampa, AS.

Bangkai kapal Sepanyol tersebut yang dikenali sebagai Nuestra Senora de las Mercedes dijumpai di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007.

Harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).


Komen: Nasib badan lah, orang lain yang jumpa..orang lain pula yang dapat..





   

4 comments:

man said...

bab harta.. adik beradik pun boleh bergaduh.

shuttet said...

nilai tinggi tu, patut la berebut..

Yatie Awang said...

oooo...banyak tu..

Hafizah Haruno said...

boleh membantu nasib rakyat nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...