Seekor udang karang gergasi telah
ditangkap di luar perairan pantai Maine di Rockland, Amerika Syarikat Jumaat lalu, namun udang tersebut diserahkan kepada Pusat Akuarium Negeri Maine.
Rocky ditangkap Jumaat lalu dengan berat 12.3kg |
Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram dan diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.
Namun, menurut pengarah pusat akuarium tersebut, Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi
nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk
memberikan pukulan.
Tambahnya lagi udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia
akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar.
Nota: Entah macam manalah rasanya kalau dimasak Lobster ni..
2 comments:
perghh! besarnye!
psst~ boleh tak buang captcha tu..google dah upgrade..susah nak taip..banyak kali dah taip2 xmasuk gak
ok..nanti saya buang captcha tu.. bukan apenyer.. banyak spam lah.. blog saya ni pernah kena block lah..
Post a Comment