Feb 18, 2012

Pokok Pisang Aneh: 3 Tandan & 5 Jantung

Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah mempunyai keajaiban tersendiri apabila mempunyai tiga tandan pisang dan lima jantung. 

Pemilik pokok pisang setinggi empat meter itu, Sarman, 64, berkata, setiap tandan pisang tersebut mempunyai tujuh hingga lapan biji pisang serta lima biji jantung. 

Pokok pisang ini ada 3 tandan & 5 jantung
"Dua biji jantung ini tumbuh di bahagian paling atas, manakala dua lagi jantung di bahagian paling bawah dan bakinya di bahagian tengah pokok. "Saya tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang petanda mengenai pokok pisang aneh ini," katanya kepada suaramerdeka.com Sarman berkata, dia menyedari hal itu ketika sedang membersihkan laman rumahnya dua minggu lalu. 

Keanehan pokok itu turut menarik perhatian jiran-jirannya yang tidak henti-henti datang ke rumahnya untuk melihat keajaiban tersebut. 

Dia menganggap keganjilan itu mungkin disebabkan pengaruh genetik pokok terbabit. "Saya bertekad untuk menjaga pokok pisang ini sehingga buahnya masak dan hasilnya boleh dimakan bersama anak dan isteri. "Jika ada jiran yang teringin mencuba buah itu nanti, saya tidak keberatan untuk memberikannya kepada mereka," katanya. - utusan





    

4 comments:

teratai said...

tidak ada anehnya...semuanya kuasa Allah!

khairul said...

petanda dunia kian hampir kiamat

syiela said...

Allah maha kuasa..

radirtay said...

Subhanallah,,

uniknya, uda banyak juga keanehan lainnya.

Kuasa Allah SWT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...