Feb 17, 2012

Hafiz Hashim Tebus Maruah: Malaysia Layak ke Pusingan Akhir Piala Thomas di Wuhan China.

Sebelum ini, banyak pihak menjangkakan skuad negara akan gagal melangkah ke pusingan akhir berdasarkan persiapan yang dibuat bagi menghadapi kempen kelayakan kali ini.

Bagaimanapun, barisan pemain negara membuktikan sebaliknya apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir kempen kelayakan semalam sekali gus mengesahkan slot ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Wuhan, China bulan Mei nanti.

Hafiz yang tewas dua kali pada perlawanan menentang Hong Kong & Korea di dalam kempen kelayakan Piala Thomas di Macau menyumbangkan mata yang paling berharga selepas menang dalam aksi dalam diset penentuan menentang single ke dua India, Kashyap Parupali yang memberikan tentangan sengit.

Hari ini, Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan menentang Jepun. Namun Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong akan direhatkan bagi membuat persiapan ke kejohanan Seluruh England bulan depan.








2 comments:

khairul said...

hafiz ni kejap ok..kejap down

Azlan Hasan said...

Akhirnya..menang gak dia..hehe

Regards,
-Strider-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...