Feb 15, 2012

Syarikat CWBJ adalah milik Dato' Lee Chong Wei?

Terkejut?  mungkin itu juga yg menjadi tanda tanya sejak bila syarikat Chong Wei Bina Jaya (CWBJ) ni wujud.

CWBJ adalah milik Dato' Lee Chong Wei
Sebuah blog sukan tempatan, ssdhaliwal.blogspot.com mendedahkan bahawa syarikat Chong Wei Bina Jaya adalah milik pemain badminton No 1 Dunia, Dato' Lee Chong Wei.  

Malah, syarikat CWBJ telah mengorak langkah apabila menjadi penaja untuk pusingan kelayakan Piala Thomas zon Asia yang berlangsung di Macau minggu ini. Ini dibuktikan lagi dengan kewujudan papan iklan yang mempamerkan nama syarikat Chong Wei itu di setiap satu daripada empat gelanggang di venue pertandingan.

"Ia adalah sesuatu untuk masa depan dan satu permulaan kecil bagi diri saya. Kami mempunyai satu projek pembangunan sedang berjalan di Ampang dan diharapkan ia berjalan lancar," jelas Chong Wei kepada blog yang dikendalikan bekas wartawan sukan Malay Mail, Satwant Singh.

"Saya agak rapat dengan presiden Persatuan Badminton Macau, dan mereka datang kepada saya untuk mendapatkan sedikit tajaan.

"Saya tidak keberatan (mengiklankan nama syarikat) kerana merasakan sudah tiba masanya untuk mendedahkan status kecil syarikat pemaju saya."



3 comments:

Encik Anif said...

Bagus juga beliau mendekatkan diri dengan perniagaan sebagai bekalan untuk masa depan.

Post Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #26

Mr.Sepet said...

dia prepare siap2 la tu .. hehe

zool said...

terbaik lah ..dah ada syarikat tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...