Malaysia menamatkan kempen Kumpulan D selaku
juara selepas menumpaskan pilihan kedua, Korea Selatan 3-1 semalam, sekali gus mengelak daripada bertemu Indonesia pada suku akhir
kejohanan kelayakan Piala Thomas di Macau.

Skuad negara bagaimanapun cemas seketika apabila Korea Selatan
berjaya menyamakan kedudukan 1-2 selepas pemain mudanya, Shon Wan Ho
menumpaskan Muhammad Hafiz Hashim 24-22, 21-16 dalam perseorangan
ketiga.
Beregu muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem mengesahkan kemenangan pasukan
negara selepas menumpaskan gandingan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel
Ketika ramai yang tidak begitu yakin dengan peluang Khim Wah-V Shem
untuk menewaskan Yong Dae-Baek Choel, anak buah Tan Kim Her itu tidak
menghampakan apabila mengutip mata kemenangan 18-21,
21-19, 21-11 sekali gus membawa
pasukan negara bertemu India di suku akhir, hari ini.
Keputusan penuh perlawanan menentang Korea:
![]() |
Klik gambar untuk imej lebih besar |
2 comments:
hmmm,harap kejuaraan kali ini milik malaysia!
Salam singgah dari rakan Nuffnang! Thanks for stopping by!
yes...kali ni Malaysia akan m enang
Post a Comment