Feb 27, 2012

Wanita ini diberi "nyawa" tambahan

Secara teknikalnya, seoarang wanita yang diserang sakit jantung dan bergantung sepenuhnya kepada mesin 'hayat' telah diisytiharkan 'meninggal dunia'.

Lorna Baillie semakin sihat tetapi mengalami kegagalan buah pinggang
Namun, keadaan mula menjadi kecoh apabila wanita tersebut betul-betul diberi 'talian hayat' apabila hidup semula selepas 45 minit diistihar 'mati' oleh doktor. 

Wanita tersebut mula membuka matanya dan menggenggam tangan anak sulungnya, Leanne, 31 tahun.

Akibat terkejut dengan reaksi tersebut, suaminya (John) dan tiga anaknya memanggil jururawat, namun mereka hanya diberitahu ia merupakan 'pergerakan tiba-tiba' akibat rawatan perubatan jangka panjang.

Bagi mendapatkan kepastian, doktor dipanggil untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat denyutan nadi lalu wanita tersebut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Wanita tersebut adalah merupakan bekas jururawat berasal dari Prestonpans, Timur Lothian dimasukkan ke hospital pada 10 Februari lalu setelah dia tiba-tiba rebah di rumahnya akibat serangan jantung sebelum diumumkan meninggal dunia secara teknikal iaitu pernafasannya akan berhenti sedikit demi sedikit.

Dua minggu selepas diberi "nyawa tambahan" wanita tersebut sudah mampu duduk dan berbual dengan ahli keluarganya, malah terus menunjukkan perkembangan positif, walaupun mengalami kegagalan buah pinggang.



1 comment:

Self Managed Super Funds said...

This is very touching. I couldn't imagine how happy would the family felt when their love one declared dead but overcome it. Very touching..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...