Mar 6, 2012

Mercedez Benz Cipta Kereta Halimunan

Pakar teknologi penyamaran optikal dari syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dari Jerman iaitu Mercedez Benz dikatakan telah mencipta sebuah kenderaan halimunan pertama sempena mempromosi keluaran kereta konsep berkuasa hidrogen. 

Kenderaan tersebut diaplikasikan dengan teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi. Bahagian kiri kenderaan dilitupi dengan kepingan LED manakala di sebelah kanannya pula diletakkan kamera DSLR yang berperanan untuk merakam imej dan videonya akan disiarkan di kepingan LED tersebut.

Kenderaan halimunan bakal dipasarkan oleh Mercedez Benz
Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan melihat pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.

Dalam video promosi F-Cell bagi kenderaan halimunan itu, orang ramai terpegun dan terkejut melihatnya ketika ia dibawa ke lebuh raya Hamburg dan jambatan Bavaria di Jerman.

Sesetengah pelayar di YouTube yang menyaksikan video itu bimbang kereta halimunan itu akan menyebabkan berlakunya kemalangan, namun beberapa orang lagi berpendapat ia membolehkan seseorang itu meletakkan kenderaan di mana-mana tanpa bimbang di saman.



Kenderaan yang diberi nama F-Cell itu boleh melakukan perjalanan sehingga 402km menggunakan enjin elektrik dan Mercedes-Benz mendakwa mereka telah bersiap sedia untuk membuat pengeluaran kenderaan itu secara besar-besaran.





7 comments:

anNaqia said...

wow! ini cool. tp, xbhy ke nanti? org xnampak.

Blog CerCiterPanas said...

memang power la keta ni..agaknya x xsiden ke nt?

Potrait Admirer said...

susah la pakai kereta cam tu..nanti kena langgar kereta haha

burnkelana said...

Thanks for all comments.. hahaha, secara negatifnya.. semua kemungkinan wujud bahaya lebih banyak dari kebaikan adalah benar..

Mungkin kenderaan2 seperti ini hanya sesuai untuk polis & tentera dalam menjalankan misi/operasi.

misyamissyou said...

seramm je kete halimunan ni

khairul said...

hebat btol teknologi mereka

burnkelana said...

khairul, lepas ni bleh masukkan dlm kelender autoshow ko bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...