Mar 23, 2012

Samsung SmartTV Jadi Agen Pengintip..


Menurut beberapa sumber laman sesawang seperti democraticunderground dan technolog, televisyen definisi tinggi (HD) dan plasma terbaru keluaran Samsung, mungkin membenarkan penggodam atau syarikat itu sendiri 'mengintip' penggunanya serta mengumpulkan data peribadi. 

Model-model televisyen itu yang hampir menyerupai komputer, menyediakan perisian berteknologi tinggi yang belum ada sebelum ini, termasuk kamera HD, pembesar suara dan perisian mengenal pasti muka serta suara.

Perisian itu membolehkan Samsung mengetahui siapa yang sedang menonton televisyen dan mengenal pasti mereka.

Televisyen itu juga mampu mendengar dan bertindak balas melalui arahan suara tertentu.Namun, beberapa pengkritik beranggapan, perisian itu membolehkan Samsung mengintip penggunanya atau melihat dan mendengar perbualan mereka tanpa diketahui.


Komen penulis,

Macam-macam teknologi sekarang ni,  adakah ini salah satu strategi ketenteraan bagi mengintip penduduk-penduduk dunia? sedia maklum, TV seperti ini adalah untuk pasaran antarabangsa & secara tak langsung mereka semua sedang diperhatikan..



7 comments:

Hzndi said...

Wah parah banget masa n0ntn tv z sampe di awasi juga

ewanthology said...

macam macam

APAN said...

samsung x sanggup org kutuk belakang kot...

Unknown said...

bahaya nih

azznie said...

kenapa la manusia semakin kejm

anie said...

tak berhati perut

Khidhir said...

hish. kita beli kita lak kena spy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...