Hasrat FC Ryukyu yang berminat
mendapatkan khidmat dua
tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan
Zakaria bagi memperkuatkan pasukan
mereka ketika aksi divisyen tiga Liga Jepun yang dijangka bermula Julai
depan bakal menjadi kenyataan.
Ong Kim Swee memberitahu, buat masa ini
perbincangan mengenai perkara itu sudah memasuki fasa akhir dan
kedua-dua pemain berkenaan dijangka menyertai kelab tersebut
selewat-lewatnya Julai depan jika tiada sebarang perkara lain
berbangkit.
Sebagai jurulatih katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pemain
menimba pengalaman di mana-mana kelab luar yang dilihat mampu membantu
meningkatkan tahap permainan mereka.
Mengikut perbincangan awal, FC Ryukyu mahu menandatangani kedua-dua pemain itu akhir bulan ini.
5 comments:
hebat dan bangga
sape yg tak bangga bro.. walaupon kat division 3.. atleast boleh jadikan pemangkin semangat pemain tmpatan..
alahai bola....huhuhu. alhamdulillah dah rezeki depa kan..
kalau orang len smua dok bli orang kita, team kita gena.. aduhai
congratz utk mereka.. smoga trus sukses ^^
Post a Comment