Apr 26, 2012

Letupan Meteor Cetus Panik Di Navada

Penduduk beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami situasi cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang melintasi langit kawasan tersebut pada 22 April lalu.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.
 
Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.
 
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.
 
Gambar: Sebuah meteor merentasi Nevada pada 22 April lalu - Lisa Warren
 
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...