Apr 26, 2012

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) diserang 76 jenis bakteria

Menurut agensi berita Interfax, saintis Rusia mengenal pasti terdapat sekurang-kurangnya 76 jenis mikroorganisma angkasa lepas yang telah menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Anatoly Grigoryev yang merupakan Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia berkata, masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR) dan kini mula menjejaskan sistem di ISS.

“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali gus mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,” jelasnya.
Mereka masih tidak dapat memastikan sama ada mutasi mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria sebagai alternatif utama.

Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.

Difahamkan, kebanyakan mikroorganisma itu secara tidak sengaja telah dibawa masuk ke ISS menerusi kargo.



S

1 comment:

caliph shuriken said...

dasat laa bakteria2 ni.. diorg tag team serang ISS, huh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...