Apr 30, 2012

Manchester City vs Manchester United - Man Utd Mesti Menang

Picture credite to atharva.g
Tonggak Manchester United, Nani menegaskan, ia adalah sesuatu yang cukup memalukan sekiranya mereka gagal menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

United yang bakal berdepan musuh setempat, Manchester City di Etihad awal pagi esok ( Match time converter)  kini hanya tiga mata di depan anak-anak buah Roberto Mancini.

Sebelum ini, skuad kendalian Alex Ferguson dilihat begitu selesa menerajui liga tetapi tiba-tiba keciciran mata penting termasuk ketika seri 4-4 dengan Everton dalam aksi terakhir mereka di Old Trafford.

Jika tewas awal pagi esok, sudah pasti City lebih berpeluang muncul juara selepas memiliki kelebihan perbezaan jaringan berbanding United.






Read more...

Apr 27, 2012

Sepihan Meteor Ditemui

WARD menunjukkan dua serpihan batu tahi bintang.- Kosmo

Dua ketul batu kecil yang ditemui di kaki bukit Sierra, barat California dipercayai adalah serpihan daripada tahi bintang yang meletup pada minggu lalu.

Letupan tahi bintang tersebut dikatakan mempunyai kekuatan lima kiloton iaitu satu pertiga lebih kuat daripada bom atom yang meletup di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua batu itu ditemui oleh seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada Selasa lalu dan mempunyai berat sekitar 10 gram setiap satu.

Pakar tahi bintang di Institut Geofizik dan Fizik Planet, Universiti California Los Angeles, Profesor John T. Wasson, berkata saiz asal tahi bintang itu kemungkinan sebesar sebuah van kecil semasa ia memasuki atmosfera bumi dengan mengeluarkan bunyi yang kuat serta dapat dilihat di Sacramento, California sehingga ke Las Vegas dan sebahagian kawasan utara Nevada.

Menurut seorang pakar tahi bintang di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Marshall, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, ia kemungkinan seberat 70,000 kilogram. 





Read more...

Apr 26, 2012

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) diserang 76 jenis bakteria

Menurut agensi berita Interfax, saintis Rusia mengenal pasti terdapat sekurang-kurangnya 76 jenis mikroorganisma angkasa lepas yang telah menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Anatoly Grigoryev yang merupakan Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia berkata, masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR) dan kini mula menjejaskan sistem di ISS.

“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali gus mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,” jelasnya.
Mereka masih tidak dapat memastikan sama ada mutasi mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria sebagai alternatif utama.

Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.

Difahamkan, kebanyakan mikroorganisma itu secara tidak sengaja telah dibawa masuk ke ISS menerusi kargo.



S

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...