WARD menunjukkan dua serpihan batu tahi bintang.- Kosmo |
Dua ketul batu kecil yang ditemui di kaki
bukit Sierra, barat California dipercayai adalah serpihan daripada tahi bintang
yang meletup pada minggu lalu.
Letupan tahi bintang tersebut dikatakan mempunyai kekuatan lima kiloton iaitu satu pertiga lebih kuat daripada bom
atom yang meletup di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Kedua-dua batu itu ditemui oleh seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada Selasa lalu dan mempunyai berat sekitar 10 gram setiap satu.
Pakar tahi bintang di Institut Geofizik dan Fizik Planet,
Universiti California Los Angeles, Profesor John T. Wasson, berkata saiz asal tahi bintang itu kemungkinan sebesar
sebuah van kecil semasa ia memasuki atmosfera bumi dengan mengeluarkan
bunyi yang kuat serta dapat dilihat di Sacramento, California sehingga ke Las Vegas dan sebahagian kawasan utara Nevada.
Menurut seorang pakar tahi bintang di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas
Marshall, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, ia
kemungkinan seberat 70,000 kilogram.
2 comments:
boleh juai tak ?
Really ?
Post a Comment