Sesekali aku merasakan bahawa ada manfaatnya jika blog ini diisi dengan entry berbentuk pengisian rohaniah.. susulan itu, aku bercadang untuk berkongsi penulisan di atas tatkalan Nabi Muhammad pernah bersabda "Sampaikanlah kata-kataku walaupun sepatah"..
Hadis sahih Bukhari, daripda Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda: 7 golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya ADALAH.
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
3. Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya.
4. Orang yang hatinya tergantung pada Masjid.
5. Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
6. Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku Takutkan Allah"
7. Orang yang bersedekah & menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.
Di manakah kita dari 7 golongan di atas? tepuk dada tanya diri sendiri.. adakah kita nanti diberikan peluang ? bagaimanakah mati kita nanti? bermuhasabah adalah lebih baik dari berdebat.. kerana perubahan itu akan diterjemah sekiranya kita mahu & tekat untuk memperbaiki diri..
1 comment:
semoga kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikan
Post a Comment