Dec 15, 2010

AKSI MANTAP!

Malaysia baru sahaja menamatkan pusingan pertama separuh akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil dengan penuh bergaya apabila menewaskan Vietnam 2-0..

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Safee Sali dengan gol pertama terhasil daripada "tandukan terbang" (minit 61) berpunca dari sepakan percuma. Manakala gol kedua pula muncul dari "Bola Muntah" (minit 70) hasil rembatan pemain Malaysia yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Vietnam.

Manakala penjaga gol Malaysia (Fahmi) bertindak cemerlang apabila menyelamatkan kesemua cubaan & rembatan luar petak pasukan pelawat. Dari mula wisel perlawanan ditiup hinggalah minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Malaysia tidak putus-putus mengasak kubu lawan dan terus memberi tekanan kepada pihak lawan.

Menanti Malaysia diperlawanan kedua yang akan berlansung di Vietnam. Walaupun Malaysia sudah ada bekal untuk dibawa, mereka tak boleh leka & alpa kerana bermain ditempat lawan memberi kelebihan kepada tuan rumah ditambah lagi dengan sorakan penyokong mereka.

SYABAS MALAYSIA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...