Jan 30, 2011

TAHNIAH BUAT KELANTAN & JEPUN!

Kita mulakan berita gembira buat penyokong The Red Worrier apabila Kelantan berjaya menundukkan Selangor di dalam merebut Piala Sumbangsih di Stadium Melawati Shah Alam. Gol dijaringkan oleh penyerang sensasi Idlan Talaha seawal permainan melalui sepakan penalti & gol kedua pula menyusul melalui sepakan percuma yang disempurnakan oleh Piya.




Manakala Piala Asia pula menyaksikan Jepun meraih kejayaan apabila menewaskan Australia 1-0 apabila Lee berjaya menyumbat masuk hantaran lintang pada separuh masa kedua waktu tambahan. Ketika artikel ini ditulis, sesi penyampaian hadiah sedang berlangsung disaksikan ribuan penonton yang membanjiri stadium.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...