Feb 19, 2011

SOAL JAWAB AGAMA - Tak Jatuh Talak Tanpa Lafaz..

Aku nie pembaca setia myMetro.. sedang aku dok baca artikal utk hari nie (18 February 2011) aku terjumpalah satu artikel yang aku agak "penting" untuk kita kongsi bersama.. Artikelnyer bertajuk "Tak Jatuh Talak Tanpa Lafaz"..



SOALAN:-

BULAN lalu saya ada berselisih faham sehingga menyebabkan berlaku perkelahian antara saya dan isteri. Bagaimana pun ia berlangsung seketika saja.


Selepas beberapa ketika, kami berbaik semula. Persoalannya, adakah jatuh talak, jika suami terlintas dalam hatinya untuk menceraikan isterinya, tetapi tiada lafaz talak diucapkan?


AMRAN

Perak

JAWAPAN:-


TALAK berlaku apabila ada menggunakan sighah iaitu lafaz seperti perkataan: “...aku ceraikan engkau! Jika lafaznya terang seperti di atas, jatuh talaknya walaupun tanpa niat.


Justeru itu, lafaz talak bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Jika lafaz tidak jelas (kinayah), maka tidak jatuh talak kecuali dengan niat.


Begitu juga talak tidak jatuh jika hanya berniat tanpa melafazkan. Dalam persoalan niat, apabila berniat hendak berbuat amal baik, kita sudah termasuk mendapat ganjarannya.


Bagaimanapun, bagi niat melakukan kejahatan sebelum melakukannya, dikira masih belum berdosa. 

Apapun hukumnya.. sudah menjadi asam garam kehidupan berkeluarga.. kadang2 berperang..kadang-kadang aman .. Pada pandangan aku.. suami isteri kena tolak ansur.. masing-masing tak boleh ego sangat.. hormat menghormati lebih baik & selalu maaf memaafkan..

Apa pendapat korang?

4 comments:

Cik Azz said...

Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Baru aman rumahtangga... Dialog dlm citer P.Ramlee..

Asam garam berumah tangga macam tu la.. Yang penting, jangan main2 dengan talak takut nanti jadi gila talak..

Anonymous said...

bahaya maen2 talak..takut jatuh btol2..

Hafriz Mohamad said...

pndpt aku...
kmbalilh dalami ilmu fiqh. hdup brpnduan...insyaAllah slamat dunia akhirat.

Unknown said...

Korang semua memang betul.. semoga kita dilindungi Allah dari bisikan syaitan durjana yg membawa perpecahan institusi kekeluargaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...