May 27, 2011

Selamat Tinggal Van De Sar..

Van De Sar

Final Liga Juara-Juara hujung minggu ini adalah merupakan perlawanan terakhir buat Van De Sar selepas dia buat keputusan untuk bersara. 

Bagi Alex, Van De Sar merupakan penjaga gol sepanjang zaman & sepanjang bersama united, mamat tinggi lampai tu dah 12 kali merangkul gelaran "Champion EPL"! (peerrggghhhh..)
Aku rasa memang dah tiba masanyer dia letak jawatan (dah lama sangat dah..) Namun begitu, bukan senang nak mencari penggantinya.. Manakan tidak, satu eropah diorang dah bertapa semata-mata nak cari pengganti yang sesuai & kalau bleh yang setanding dengan Van De Sar..

David De Gea
Dan akhirnya.. selepas merantau beribu-beribu batu.. Man utd telah membuat keputusan untuk mengikat David De Gea dari Atletico Madrid yang dikatakan pantas, tenang & dapat mengawal gawang dengan baik..

Media British berkata, perjanjian sudah dirangka buat De Gea yang bernilai 21 juta euro (RM88.2 juta). Media Sepanyol melaporkan pengumuman akan dilakukan Isnin ini..


2 comments:

phycrewz said...

abis Kuszczak camna bro?

mabk.abubakar said...

hehe.. simpan buat pekasam lah bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...