Jul 9, 2011

CERITA SUKAN HARI NI..

HABUAN RM 1 JUTA BUAT SKUAD ONG KIM SWEE

HABUAN lumayan menanti skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) sedia memberikan insentif RM1 juta jika berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea Palembang, November ini.


Pada mulanya, insentif itu hanyalah di peringkat cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Tengku Abdullah Sultan Ahmad ketika ucapannya pada majlis menandatangani penajaan bersama TM sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.


APEK UJI KETANGKASAN BERDEPAN ARSENAL & LIVERPOOL
AKSI menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Liverpool menjadi persediaan ampuh kepada Harimau Malaya apabila turun menentang musuh tradisi, Singapura hujung bulan ini dalam misi mara ke peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.


Penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat berkata, kehadiran dua kelab terbabit bakal menguji kemampuannya untuk beraksi di tahap lebih tinggi.

“Kemahiran dan fizikal berlainan yang dimiliki mereka bagus untuk saya sebagai persiapan menghadapi Singapura yang sememangnya mempunyai pemain import dari pelbagai negara,” katanya ketika ditemui semalam.

Penjaga gol Kelantan itu turut perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana belum pernah beraksi menentang The Lions.

“Saya pernah beraksi beberapa kali di Stadium Jalan Besar namun tidak pernah bertemu skuad kebangsaan negara itu, mungkin ketua jurulatih negara (Datuk K Rajagobal) mempunyai perancangan tersendiri bagi menghadapi lawan yang mempunyai fizikal berlainan,” katanya.


WES BROM & JOHN O'SHEA IKAT KONTRAK BERSAMA SUNDERLAND

Sunderland melengkapkan pembelian berganda dua pemain pertahanan Manchester United kelmarin, membawa masuk Wes Brown dan John O'Shea ke kelab itu menerusi kontrak empat tahun.

Brown, 31, dan O'Shea, 30, menyertai kelab itu dengan bayaran perpindahan dirahsiakan selepas United menerima tawaran sekitar 12 juta (RM57.3 juta) bulan lalu buat dua pemain itu dan pemain tengah Darron Gibson, rakan senegara O'Shea dalam pasukan kebangsaan Ireland.

Brown, yang boleh beraksi di pertahanan tengah atau kanan memulakan aksi sulungnya bersama United ketika musim treble kelab itu pada 1998-99 dan melakukan 361 penampilan.

“Kami bangga menerima kehadiran seorang pemain dengan kaliber seperti Wes,” kata jurulatih Sunderland, Steve Bruce yang juga bekas pertahanan tengah United.

“Dia seorang pemain profesional fantastik buat Manchester United selama ini dan bukan saja bakal memperkukuhkan pertahanan kami, dia juga membawa bersamanya mentaliti kemenangan dan tahap kematangan yang boleh mendatangkan kesan positif kepada pemain di sekelilingnya.” 

Brown memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara, lima pingat juara Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan dua Piala Liga dengan United dan beraksi 23 kali buat England.

“Musim lalu, saya agak kecewa kerana jarang dapat beraksi. Tapi itulah bola sepak dan anda harus maju ke depan,” kata Brown.


O'Shea mengumpul satu kejuaraan Liga Juara-Juara, lima kejayaan liga, satu pingat Piala FA dan tiga Piala Liga ketika 12 tahun di Old Trafford menyaksikannya melakukan hampir 400 penampilan. - AFP

Sumber: myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...