Oct 17, 2011

Giggs bersalah..

Sir Alex Ferguson menyalahkan Ryan Giggs selepas pemain sayap veteran itu meninggalkan benteng yang dibina sekali gus membenarkan Liverpool menjaringkan gol di Anfield malam kelmarin.

JELAS, kelihatan Giggs mengelak bola yang dirembat oleh Gerrard..
Giggs bersalah kerana meninggalkan benteng terbabit dengan kapten Liverpool itu yang menandakan penampilan pertama dalam tempoh tujuh bulan selepas kecederaan menerusi sepakan percuma yang mengagumkan.

“Ia adalah sangat sukar,” kata Ferguson, yang mempersoalkan sama ada sepakan percuma itu patut diberikan lebih awal selepas Rio Ferdinand menjatuhkan Charlie Adam.

“Pengadil perlawanan berada dalam tekanan yang tinggi dan saya tidak terkejut mereka mendapat sepakan percuma. “Namun kami mesti bertahan dengan lebih baik. Ia sama seperti musim lalu. Pemain sayap meninggalkan benteng dan ia adalah permainan pertahanan yang teruk.

“Saya tidak fikir mereka cukup mengancam sehingga mereka menjaringkan gol namun kemudian perlawanan terus terbuka dan kami mengambil peluang. Dalam situasi hari ini (malam kelmarin) keputusan adalah adil.” Rooney hadir menggantikan Park Ji-Sung pada minit ke-69 dan Ferguson berkata keputusan untuk meletakkannya di bangku simpanan adalah kerana pemain terbabit sudah mengharungi minggu yang sangat teruk.

Gol Hernandes penyelamat Man Utd
Pemain gantian, Javier Hernandez memastikan rekod tanpa kalah United berterusan menerusi jaringan lewat perlawanan untuk keputusan seri 1-1 di Anfield.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...