Nov 18, 2011

Pujian Buat Pasukan U23 Malaysia!

“KEMENANGAN ke atas Indonesia ini tidak bermakna jika kami gagal mempertahankan pingat emas,” kata jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee, mengulas kejayaan anak buahnya menundukkan pasukan tuan rumah Sukan Sea itu pada aksi terakhir Kumpulan A, semalam.

Biarpun memuji persembahan pemain muda negara yang terpaksa berdepan sorakan lebih 100,000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, pengendali negara itu mahu semua pemain memberi tumpuan kepada separuh akhir menentang Myanmar, esok.

Apek beraksi cemerlang dalam perlawanan semalam

“Pemain mempamerkan karektor yang hebat kerana mereka bukan hanya menentang 11 pemain Indonesia tetapi ribuan penyokong di stadium malam ini (malam tadi).

“Saya mahu pemain terus menunjukkan peningkatan,” katanya.




Pemain Malaysia ketika diasak pemain Indonesia

Tahniah! Malaysia meraikan kemenangan selepas badi 8 tahun di BK

2 comments:

RedMelati said...

Malaysia, cayalah! Padan muka Indon, mana nak letak muka after all this years suka buli Malaysia

burnkelana said...

Setiap provokasi yg rakyat indonesia lakukan pastiada pembalasannya.. go harimau malaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...