Nov 8, 2011

Skuad Kim Swee Longlai..

SEMUANYA tidak seperti yang diharapkan apabila skuad bawah 23 tahun negara sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan Sea Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Persembahan skuad kendalian Ong Kim Swee yang dipamerkan khususnya pada babak pertama seperti langsung tidak menggambarkan status juara bertahan pada temasya edisi ke-26 ini.

Hanya percubaan menerusi sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar benar-benar memberi ancaman kepada skuad musuh tradisi itu yang amat berhajat memburu kejuaraan pertama.


Biarpun mengakui kekurangan penyerang yang berkaliber, Kim Swee tetap menganggap anak buahnya bakal bangkit memberikan persembahan lebih baik biarpun tugas menjadi lebih sukar untuk berdepan Thailand Rabu ini.

“Sekurang-kurangnya kami meraih satu mata pada perlawanan pertama, ini bukan penamat segalanya kerana kami masih mempunyai tiga lagi perlawanan untuk diharungi.

“Saya yakin pemain-pemain akan meningkatkan prestasi daripada satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Mengulas insiden Mohd Fandi Othman yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-70 namun tidak dilayan pengadil perlawanan dari Myanmar, Win Htut, Kim berkata: “Pada pandangan saya sepatutnya pengadil memberikan penalti tapi ia bergantung kepada kedudukan pengadil ketika itu. Keputusan mutlak di tangan pengadil”.

Sementara itu, jurulatih Singapura, Pavkovic tidak mahu memasang angan- angan terlalu tinggi meskipun berjaya mengikat Malaysia daripada meraih kemenangan.

Malah mereka mampu mencipta kemenangan jika pemain sayap Muhammad Fazil Ayob berjaya menyempurnakan percubaan pada minit ke-12 dan 15 pada babak pertama.

“Saya bangga dengan semangat pemain-pemain untuk memberi tentangan kepada juara dua tahun lalu Malaysia. Masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan kami, saya kena menilai kemampuan pasukan lain,” kata pengendali kelahiran Serbia itu.

sumber: myMetro



Komen Admin:-
Midfield - Tak kreatif
Striker - Penyudah tumpul
Defender - Kelam Kabut
Winger - Kurang dapat bola / hantaran tak kemas

Secara keseluruhannya, game semalam terlalu longlai & pemain bermain ala kampung.. adakah itu aksi sebenar yang ingin ditunjukkan kepada peminat bola sepak tanahair.. kalau begitu, tentu mereka kecewa.. termasuklah admin..

4 comments:

sabree hussin said...

hanya mampu seri 0-0

menyedihkan

Admin said...

lepas nie kena hadap Thailand plak.. pastu Indonesia.. bleh layan ke diorang ni?

Hanif said...

Kena minta Rajagopal turunkan ilmu...hehehehehe

burnkelana said...

Hanif... Rajagopal nk turunkn ilmu pe plak tuh? jgn ilmu meroyan plak.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...