Dec 21, 2011

Gagal kawal Lamborghini - pemandu menyesal

David Dopp bersama keretanya sebelum kejadian

Hanya beberapa jam selepas memenangi sebuah Lamborghini Murcielago LP-640 melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Maverik/teamgive.org “Joe Schomo to Lambo”, nasib malang menimpa David Dopp apabila keretanya yang bernilai $ 200,000 itu terbabas.


Semasa kejadian berlaku, Dopp dikatakan bersiar-siar dengan Lamborghini yang baru dimenanginya itu di sekitar kejiranan rumahnya di Santaquin, Utah. 

Sebuah akhbar Santaquin melaporkan, Polis dipanggil ke tempat kejadian selepas menerima laporan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.
 
Kereta Dopp dikatakan dipandu dengan laju sehingga tidak dapat dikawal dan berpusing apabila menyusur jalan raya yang berais & berkelikir di satu kawasan selekoh.

Namun Dopp bernasib baik kerana keretanya itu hanya mengalami kerosakan kecil.




5 comments:

AmyZana said...

pergh ! lamborghini tuh :o nasib baiklah tak rosak teruk. sayang gile kalo rosak teruk. dpt free pulak :/

burnkelana said...

tulah pasal.. bleh plak hadiah contest dpt lamborghini.... gila tak hingat..

Gnesop said...

Mmg menyesal abis. Hehehe
Nak repair dah sekian hal

Unknown said...

Ish..ish...kan dah tak pasal2 kene repair keta tu...

Unknown said...

sayang nyaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...