Jan 22, 2012

Pengarah stesen TV berkahwin dengan mayat

Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. 




13 comments:

teratai said...

satu pengajaran ~ perkara yg baik jgn ditangguhkan, kan dah x sempat!

Lieza Nordin said...

kita kena terima kenyataan hidup. Y hidup msti teruskn hidup.. :)

Ronaldmohoni said...

Kasihan sungguh. Yang pergi biarlah pergi. Yang hidup harus meneruskan perjuangan dalam hidup.

Izyan Yan Cinnamon said...

uh??peliknya khawin dgn mayat...

♥ shimAA ♥ said...

err.. pelik tp benar..
penantian satu pnysaan..huhu

A.Arvi said...

cerita yang sangat mengharukan, tapi sayangnya tak mesti semua itu harus dilakukan karena sebagai hamba allah mestilah kita hadapi hidup dengan kenyataan yang terpahit sekalipun..

nice posting bro

Unknown said...

pelik betol manusia

Gee said...

pelik...macam2 tapi memang benar..huhu drop by here...

amranaiman said...

wooo mayat pon boleh.. :P

Ckin Kembaq said...
This comment has been removed by the author.
Ckin Kembaq said...

sabor..sabor..haii

chunna said...

uish!! sedihnya....

ubi masam said...

cinta...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...