Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini
menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian
lama bercinta.
Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai
menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk
teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara
rasmi.
Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff
Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.
Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.
Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.
Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.
Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.
Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.
Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga.
13 comments:
satu pengajaran ~ perkara yg baik jgn ditangguhkan, kan dah x sempat!
kita kena terima kenyataan hidup. Y hidup msti teruskn hidup.. :)
Kasihan sungguh. Yang pergi biarlah pergi. Yang hidup harus meneruskan perjuangan dalam hidup.
uh??peliknya khawin dgn mayat...
err.. pelik tp benar..
penantian satu pnysaan..huhu
cerita yang sangat mengharukan, tapi sayangnya tak mesti semua itu harus dilakukan karena sebagai hamba allah mestilah kita hadapi hidup dengan kenyataan yang terpahit sekalipun..
nice posting bro
pelik betol manusia
pelik...macam2 tapi memang benar..huhu drop by here...
wooo mayat pon boleh.. :P
sabor..sabor..haii
uish!! sedihnya....
cinta...
Post a Comment