Jan 9, 2012

Sekeping Syiling Lama Berharga RM4.34 juta

Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.

James Halperin yang merupakan kakitangan firma Heritage Auctions, memberitahu nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.

Syiling pertama AS dijual dengan harga RM4.34 juta
 
Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.

Pemilik asal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr. Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.

Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint.



5 comments:

Lady Emilya said...

wahhh 4.34 juta tuuu =)

khairul said...

mahalnya

Potrait Admirer said...

nk cri syiling la pas nie hihihi

LL Cool J said...

untung sape yg ade syiling lame nih..:)

suzie rahman said...

ahaha..knp syer buang erk.rugi2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...