Jan 8, 2012

Terbuka Korea 2012 - Chong Wei bangkit, Lin Dan tewas


Datuk Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi pertemuan dengan seteru utamanya, Lin Dan, apabila menang 12-21, 21-18, 21-14 dan menjuarai acara perseorangan lelaki Terbuka Korea, hari ini.

Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu selepas kali terakhir melakukannya All England, Mac lalu. - Utusan

 Laluan Chong Wei & Lin Dan

Sebelum ini Chong Wei memastikan langkah penuh bergaya untuk bertemu pemain China yang digelar ‘Super Dan’ apabila mudah menundukkan seorang lagi pencabar negara itu, Du Pengyu 21-8,21-13 dalam aksi separuh akhir.

Pengyu nyata menjadi ‘makanan’ pemain negara yang hanya memerlukan 37 minit untuk menewaskan ranking ke-11 dunia itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas bertemu lima kali.


Laluan Lin Dan ke final juga tidak menghadapi banyak masalah apabila pemain Jepun, Sho Sasaki yang dihadapinya petang semalam mudah dijinakkan, 21-16, 21-14. myMetro

4 comments:

khairul said...

akhirnya berjaya ...tahniah

Wilayah Sepet Kuku said...

Congrat!...

Kalah juga Lin Dan ni...susah bebenor...hehe

LL Cool J said...

finally, berjaya gak chong wei...:)

Potrait Admirer said...

salam pekenalan .. akhirnya tewas juga lin dan .. nice entri bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...